Tetapi saat ditimpa masalah, jangan sesekali kamu menyalahkan Dia ! Sesungguhnya ada kemanisan di sebalik dugaan dan musibah yang Allah turunkan padamu.... Kekadang sampai satu tahap akan terlintas di benak fikiran kita statement sebegini ....
" hidup ni hanyalah untuk menyelesaikan masalah.. lepas satu masalah selesai, masalah lain pulak yang akan datang, penat! Seolah-olah hidup ini hanyalah untuk menyelesaikan masalah semata-mata.”
Tidak dinafikan perasaan sebegini akan lahir dalam diri kita yang sudah penat dan lali dengan masalah. Apatah lagi masalah yang dihadapi itu sudah terlalu berat dan tidak tertanggung lagi. Ungkapan sabar dari rakan-rakan dan mereka yang ada di sekeliling kita seolah-olah tidak memberi apa-apa makna lagi. Sampai satu tahap mereka menyangka hanya mereka yang mempunyai masalah lebih teruk dan lebih berat berbanding orang lain. Seolah-olah tidak ada yang memahami apa yang dirasa, dan perasaan simpati daripada orang lain juga dianggap seperti pandangan kosong yang tidak memberi apa-apa makna lagi... Betapa beratnya analogi seperti ini apabila ditimpa masalah. Lagi-lagi kalau masalah itu datang secara berangkai rangkai.... Kadangkala terasa sesak di dada sampai merasa hidup sudah tidak beri sebarang makna lagi... Saat kesabaran kian menipis, api kemarahan semakin menggunung , dan kepercayaan akan adanya pertolongan dari Allah kian berkurang. Percayalah ! jangan berhenti, jangan putus berdoa pada Allah . Bersyukurlahh andai kamu diberi dugaan olehNya, kerana Allah yakin hambaNya mampu menghadapi ujian yang diberikan olehNya. Tujuan Allah hanya satu, menguji keimanan seseorang agar individu tersebut kembali kepadaNya. Seringkali kita mengaku bahawa kita beriman, tetapi adakah dengan cara kita menghafal setiap urutan Rukun Islam bermula dari melafazkan syahadah sehingga menunaikan haji? Ataupun menghafal setiap Rukun Iman bermula dari Beriman kepada Allah sehingga beriman kepada Qada' dan Qadar? .... silap ! sebaliknya iman kita dinilai melalui amalan kita, penghayatan kepada setiap rukun islam, rukun iman .... setiap perilaku kita. Sebagai contoh, kita berkata pada mereka bahawa kita beriman , "Ye aku beriman, aku mengaku aku Islam, aku mengaku aku umat Muhammad SAW..." dan sebagainya , tetapi adakah betul kita lakukan pengorbanan untuk membuktikan diri ini Islam? Adakah kita melakukan suruhan Allah? Adakah kita meninggalkan larangan Nya? Sedangkan di zaman Rasulullah SAW, baginda ditimpa berbagai ujian yang sangat berat sehinggakan baginda diancam bunuh , namun baginda masih mahu meneruskan dakwahnya , terus menyebarkan Islam, ini kan pula kita?... diuji sedikit, sudah mulai putus asa, mulai menyalahkan takdir dan sebagainya.... Duduk sebentar, renungkanlah...muhasabah diri ~
Seharusnya kita bersyukur kepada Allah kerana Allah masih memberi perhatian pada kita, masih sayangkan kita, melalui ujian yang diturunkan... Firman Allah SWT yang bermaksud :
" “Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya; “bilakah (datangnya) pertolongan Allah?”. Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah.)
(Al-Baqarah: Ayat 214)"
Dan dalam firman-Nya yang lain :
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Al-Ankabut: Ayat 2 – 3)
Sahabat, percayalah... sesungguhnya terdapat kemanisan di sebalik kepahitan yang dihadapi.. terdapat cebisan pelangi di sebalik gerimis yang membasahi bumi... La Tahzan ! bangkitlah melalui ujian itu, berdoalah pada Dia, Allah yang Maha Mengetahui, Maha Mengasihi .... maka Allah yang menentukan apa yang terbaik buat diri kita. Teguhkanlah iman dengan cara mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dia yang memberi ketenangan hati, memberi kekuatan iman, memberi ketabahan pada kita untuk terus bertahan menerima dugaanNya. Tiada jalan lain selain menjaga hubungan antara kita dengan Allah SWT. Allah telah berfirman yang membawa maksud :“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahu akan tiap-tiap sesuatu)”
(At-Taghaabun: Ayat 11)
Saat diri dihasut syaitan untuk berputus asa, saat kesabaran kian menipis, maka segeralah kita dirikan solat dan berdoa pada sang Pencipta. Memohon agar diberi kekuatan iman , untuk terus tabah menempuh dugaan demi dugaan dengan sabar, mohon agar terus istiqamah dalam ibadah. kerana Dia (Allah) Maha Pelindung, Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap makhluk yang berada di atas muka bumi ini. Iman manusia seperti kita umpama lalang yang ditiup angin. Apabila angin bayu menghala ke kiri, maka ke kiri lah ia, apabila angin bayu membawa ke kanan, maka ke kanan lah ia. Oleh itu, apa yang perlu dilakukan oleh kita hanyalah berdoa agar diberi keteguhan iman dan diberi kesabaran.
Firman Allah yang bermaksud :
“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.”
(Al-Baqarah: Ayat 153)
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”
(Al-Baqarah: Ayat 45)
Dari itu , jagalah hubungan kita dengan Allah. Tidak kira waktu senang atau susah , maka In Shaa Allah Dia akan menolong kita dan keyakinan serta keimanan kita juga dapat dipertingkatkan. Titipkanlah doa di akhir solat setiap waktu agar kita diberi kekuatan untuk terus istiqamah dalam ibadah dan terus bermujahadah dalam melawan kemungkaranNya.
Sahabat,
Sesungguhnya dunia ini adalah neraka buat mereka yang beriman dan syurga buat mereka yang ingkar. Manakah yang sahabat pilih? dunia yang bersifat sementara atau akhirat yang kekal selama-lamanya? Wallahualam :(
Sentiasa berfikiran positif dan selalu mendekati mereka yang berfikiran serta mempunyai sikap yang positif kerana mereka juga turut membantu kita menjadi lebih positif dalam mengharungi ujian kehidupan. Sentiasa bersangka baik pada Allah, anggaplah ujian dan dugaan yang diberikan itu sebagai satu kafarah kepada dosa-dosa kita. In Shaa Allah kita akan lebih redha dan bersyukur dalam menghadapi kesukaran dan kesenangan dalam hidup....
Firman Allah yang bermaksud :
“Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku.”
(Al-Fajr: Ayat 27 – 30)
Semoga kita semua diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian Nya. Ameenn :)
No comments:
Post a Comment