Wednesday, 13 March 2013

Perginya Rasulullah SAW Menyahut Seruan PenciptaNya

Assalamualaikum , pembuka entri kali ni :')



Agak lama tak update , entry kali ni berunsur Islamik , huhu :) saya ada terbaca mengenai saat pemergian kekasih Allah SWT iaitu junjungan besar Rasulullah SAW. Dan saat membaca khutbah terakhir baginda, airmata saya mencecah bumi, Ya Allah, Betapa mulianya Rasulullah SAW di sisiMu :( .Zaman kanak-kanak ku diisi penuh dengan kisah kisah para Nabi, bermulanya dari terciptanya Nabi Adam a.s sehinggalah kewafatan Nabi Muhammad SAW. Ibu dan abah berjaya memberi didikan agama sepenuhnya kepadaku, Alhamdulillah, syukur :). Kembali pada tajuk, berikut adalah kisah mengenai khutbah terakhir baginda Rasulullah SAW sehingga baginda menghembuskan nafas yang terakhir, SubhanAllah....


Pagi itu, walaupun langit telah menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayapnya. Pagi itu juga, Rasulullah SAW dengan suara terbatas, berusaha untuk menyampaikan khutbah terakhirnya berbunyi...

                 
  Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya..Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Quran dan Sunnahku.., barang siapa mencintai sunnahku nererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama aku" 


Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minatnya menatap sahabatnya satu-persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan penuh berkaca-kaca, Dada Umar naik turun naik turun menahan nafas dan sebaknya, Usman menghela nafas panjang, Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.

Isyarat itu telah datang, masanya telah tiba.....

                 "Rasulullah akan pergi meninggalkan kita semua"  ....  keluh hati semua sahabat ketika itu.

Tanda-tanda itu semakin kuat, insan tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia ini. Ali dan Fadhal segera menangkap Rasulullah yang kelihatan lemah dan goyang saat turun dari atas mimbar. Di saat itu, andai sahabat mampu seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik itu daripada berlalu. 


                           Matahari kian tinggi, namun pintu rumah Rasulullah SAW masih tertutup...

Sedang di dalamnya, Rasulullah SAW sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat sehingga membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.... :(


                         Tiba-tiba dari luar pintu, kedengaran suara seseorang berseru mengucapkan salam dan berkata  "Bolehkah saya masuk?"  Tanyanya.....


                         "Maaflah, ayahku sedang demam" ... balas Fatimah yang membalikkan badan lalu menutup daun pintu tanda tidak membenarkan individu itu masuk. Kemudian Fatimah kembali menemani ayahnya yang ternyata telah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah. 


                                                        "Siapakah itu wahai anakku?"

                          "Tak tahu lah ayahku, sepertinya baru sekali ini aku melihatnya" balas Fatimah lembut.

Lalu Rasulullah SAW menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan, seolah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.


                     " Wahai anakku, ketahuilah bahawa dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia, Dialah malaikatul maut "  balas Rasulullah SAW. 


Lalu Fatimah menahan ledakan tangisnya....

Malaikat maut datang menghampiri, tetapi Rasulullah bertanyakan tentang Jibril a.s yang tidak turut sama. Lalu dipanggillah Jibril yang sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah SWT dan penghulu dunia ini. 


        " Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"  tanya Rasulullah SAW dengan suara yang amat lemah.


          " Pintu-pintu langit telah terbuka,  para malaikat telah menanti rohmu, semua syurga menanti kedatanganmu " balas Jibril.

Akan tetapi, itu tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.


                                "Engkau tidak senang mendengarkan khabar ini?" tanya Jibril.

                           "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" Balas Rasulullah .

" Jangan khuatir Ya Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku
"Ku haramkan syurga bagi sesiapa sahaja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya" .. kata Jibril..

Detik itu semakin hampir, saatnya Izrail melakukan tugasnya... Perlahan-lahan roh Rasulullah ditarik keluar, Nampak seluruh tubuh Rasulullah SAW bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 


                " Wahai Jibril, betapa sakitnya Sakaratul Maut ini" , perlahan Rasulullah mengadu.....

Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menundukkan mukanya semakin dalam dan Jibril, memalingkan mukanya....

                           "Jijikkah kau melihatku, Jibril? hingga kau palingkan wajahmu..." tanya Rasulullah pada malaikat penyampai wahyu itu.

             " Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah SWT direnggut ajal?" balas Jibril.

          Tidak lama kemudian kedengaran suara Rasulullah menjerit kesakitan yang tidak tertahan lagi 

" Ya Allah, betapa dahsyatnya Sakaratul Maut ini, timpakan saja semua seksa ini kepadaku, jangan pada umatku ! "

Badan Rasulullah mulai menggigil, dingin. seluruh kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan membisikkan sesuatu...


Ali segera mendekatkan telinganya.... "Uushikum bi shalati , wamaa malakat aimanuku " ... "peliharalah solatku , dan peliharalah orang lemah di antaramu" 

Di luar pintu tangis mulai kedengaran bersahutan, para sahabat saling berpelukan :(


Fatimah menekup wajahnya dengan kedua-dua belah tangannya, Ali kembali mendekatkan telinga ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan...


     " Ummati ... Ummati... Ummati.... " "umatku.... umatku... umatku..."


Berakhirlah hidup insan yang terlalu banyak memberi sinaran itu.... Allahuakbar !

Sungguh !.... Rasulullah SAW sangat mencintai umatnya ,, sehinggakan di hujung Sakaratul Maut masih juga memikirkan tentang nasib umat-umatnya. Bagaimana dengan kita? Adakah kita sentiasa mengingati Baginda walaupun diri masih bernyawa? Wallahualam ,, Renungkanlah .... :')



                                                                                  makam Rasulullah SAW ...

Luangkanlah masa walau hanya 5 minit untuk berselawat ke atas Baginda Rasulullah SAW , semoga kita memperoleh syafaatnya pada hari Pengadilan kelak ..... Wallahualam ..

























No comments:

Post a Comment