Friday 15 March 2013

Indahnya Bercinta Selepas Nikah



Indahnya bercinta selepas bernikah kan? Setiap orang ingin berkahwin dengan orang yang mereka cintai. Namun jika individu yang mereka cintai tu bukan jodoh mereka, sampai situ sahaja hubungan mereka. Perkahwinan itu salah satu sunnah nabi, pahala pun berbeza jika kita sudah bertukar status dari bujang ke berkahwin . Tapi ada sesetengah pasangan yang berkahwin mengikut pilihan masing-masing, ini dinamakan cinta. Bagaimana pula dengan yang berkahwin mengikut pilihan keluarga? Itu jodoh dari Allah SWT. Dalam Islam tidak ada istilah 'Couple' ... Lelaki, jika minat pada seseorang wanita itu, terus ke rumah dia, dan jumpa lah walinya , tu baru lelaki sejati ... :)


Biasanya bercinta selepas nikah ni melibatkan golongan muda, dan mereka ni atas pilihan keluarga. Kalau zaman nenek moyang kita dulu memang benda ni jadi perkara biasa. Misalnya lepas darjah 6 atau tingkatan 3, mereka mesti dah dijodohkan dengan seseorang. Zaman dulu bila family yang aturkan, takde halangan apa-apa dari si gadis berkenaan. Mereka setuju apa yang ibu bapa mereka pilih sebab mereka tau ibu bapa mereka dah buat pilihan yang tepat dan terbaik buat mereka....gitu ^^


Zaman sekarang? Dengan teknologi yang makin maju, dengan tahap pendidikan yang semakin tinggi, sampai ada yang bertanya "Wujud lagi ke perkahwinan yang macam ni?" memang wujud lahh ! ~ ishh ,, hihi ... First, masa dengar tentang perkahwinan pelakon Irma Hasmie, memang terharu tau cerita di sebalik perkenalan Irma dengan suaminya, Reza Syah Azmeer Radzuan.. Berkenalan melalui keluarga si suami di hadapan Kaabah sewaktu mengerjakan umrah, Maha Suci Allah.... lagi penuh barakah gitu... Baru kenal sebulan terus bertunang dan akhirnya bernikah. Nampak tak betapa cantiknya Allah susun? Banyak kelebihan sebenarnya bercinta selepas nikah ni. I hope that I can be like this also, In Shaa Allah :')








Nampak sangat bahagia, penuh barakah gituuu , eheee <3 Apa-apapun moga mereka bahagia sehingga akhir hayat... Berbeza pula dengan Dena Bahrin atau nama penuhnya Nur Diana Kamarul Bahrin ni. Yelahh siapa sangka, lelaki yang tidak dikenalinya, hanya mengikut keluarga ke majlis-majlis keluarga sahaja , mampu menyatukan mereka. SubhanAllah :) Pada mulanya memang banyak halangan dan tentangan dari diri sendiri. Nama pun remaja kan? nafsu memberontak tu memang tengah kuat masa remaja macam ni. Tetapi sebagai anak, Muslim pulak tu, kita mana boleh bersikap begitu, haruslah akur dengan ibu bapa, akhirnya kak Dena setuju untuk terima lamaran si arjuna berkat istikharah. Apa yang menariknya kat sini is the way he proposed, hehe :) boleh tengok kat bawah ni ,,, =)




Imagine, first time I saw this video, I'm feel so touched until I didn't realize that my tears non-stop falling.



Sebenarnya, bukan semua orang dapat merasai pengalaman bercinta selepas bernikah ni, bertuahnya kepada mereka yang dapat pengalaman sebegini, Yelah masa nikah, kita nikah dengan pilihan keluarga, memang ada rasa awkward antara satu sama lain tapi itu lahh yang manis (kata kak Dena) , huhu ... Kalau kita inginkan kebahagiaan yang kekal , seharusnya kita membahagiakan ibu bapa kita dahulu, In Shaa Allah berkat hidup dunia akhirat. Jika 'cinta' itu membuatkan kita lebih teruk, maka lepaskanlah ia walaupun ia agak sukar, Allah Maha Mengetahui, Dia akan menggantikan seseorang yang lebih baik dari yang sebelumnya. Jika hubungan cinta itu membuatkan hubungan baik antara ibu bapa dan keluarga yang lain semakin teruk , maka kembalilah kepada Allah, mohonlah petunjuk Dia kerana Dia yang Maha Memberi Petunjuk, Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya, jangan pernah berhenti menadah tangan memohon doa dariNya. Yakinlah dengan Allah, Dia melihat segala pengorbananmu, melihat segala usahamu, dan sememangnya hal-hal begini memerlukan pengorbanan. Bilakah jodoh itu akan datang semuanya kerja Allah swt, kita sebagai manusia cuma jangan berhenti berdoa dan percaya akan kuasa Allah. Sebagaimana Allah mampu menciptakan pelbagai perkara yang berlainan rupa, sifat dan personaliti, begitu juga kebahagiaan, Jangan terlalu berfikir sesuatu yang di luar jangkaan, dan jangan putus asa pada Allah yang Maha Memberi Kebahagiaan :)


Jika menginginkan jodoh yang baik, kita hendaklah perbaiki akhlak kita dahulu kerana ''lelaki yang baik untuk wanita yang baik'' dan begitu juga sebaliknya, serta sentiasa menjaga hubungan antara kita dengan Allah swt. 













semoga kita semua dikurniakan pasangan yang soleh/ solehah agar mampu membimbing dan membawa kita bersama menuju syurga Allah swt, aminnn. ....