Thursday, 14 March 2013

Kaitan Antara Tragedi 11 September dan Surah At-Taubah.

Assalamualaikum, berkaitan tajuk di atas... masih ingatkah sahabat tentang tragedi yang menimpa WTC di New York City pada 11 September 2001? Kalau mereka biasanya akan sebut 11 September dan mereka akan ingat terus pada peristiwa yang menimpa New York City tu. Sesungguhnya ia telah tercatat dalam Al-Quran bahawa peristiwa itu akan berlaku. Maha suci Allah , sungguh besar kuasaMu Ya Allah ! :( Fakta ini ditemui oleh Dr. Zaghlul Najjar, seorang ahli ulama' Mesir yang bijak di bidang sains dan pernah mengajar di Amerika Syarikat. Ramai saintis telah menganut agama Islam hasil daripada dakwah beliau yang menggabungkan fakta sains yang bertepatan dengan Al-Quran. Kajian-kajian beliau seiring dengan kehebatan Syeikh Abdul Majid Zandani, seorang ulama' dari Yemen. Penemuan beliau ialah berkaitan tragedi 11 September yang menimpa WTC New York. Di dalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang seolah-olah telah memberi isyarat awal mengenai kejadian ini. Walhal Al-Quranul Karim telah diturunkan kira-kira lebih 1400 tahun yang lalu.





Sesungguhnya telah disebutkan dalam Surah At-Taubah ayat ke 109 yang membawa maksud :

       " Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunan-bangunan (masjid) atas dasar taqwa kepada Allah dan keredhaanNya itu lebih baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu (bangunan) itu roboh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim " 


Di situ disebutkan keruntuhan bangunan kerana yang mendirikannya adalah orang-orang yang zalim.
WTC yang runtuh di New York City pada 11 September 2001 berada di Jalan "JERF HAR" juga telah disebutkan pada kalimah "JURUFIN HAR" dalam ayat 109; At-Taubah yang membawa maksud 'di tepi jurang yang runtuh' ternyata adalah nama sebuah jalan di kota New York, JERF HAR.

Surah At-Taubah terletak pada juzuk ke 11 di mana tarikh 11 haribulan kejadian tersebut berlaku. Sedangkan kedudukan Surah At-Taubah pada surah ke 9 mengikut urutan surah dalam Al-Quran berkaitan dengan bulan September di mana kejadian itu berlaku.


Ayat 109; ternyata jumlah tingkat di WTC ada 109 tingkat, dan setelah dihitung, jumlah Surah At-Taubah mempunyai 2001 ayat di mana tahun tragedi yang menimpa 11 September itu pada tahun 2001.


Ini adalah suatu perbandingan yang tepat tetapi sejauh mana kebenaranNya, Wallahualam, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Oleh kerana ada persamaan antara kedua-duanya, Dapatlah kita mengambil iktibar bahawa tiada yang mustahil bagi Allah untuk melakukan apa sahaja, jika Allah berkata 'Jadilah' maka dengan sekelip mata perkara yang Allah menghendaki itu akan terjadi. Dan ini membuktikan mukjizat Al-Quran. SubhanAllah.....





















No comments:

Post a Comment